Menabung untuk masa depan >_

There was an error in this gadget

December 30, 2011

Dah Pasang Astro..

Assalamualaikum...

Mulai hari ni dah leh tengok Astro.... hehehe baru pasang Astro kat umah, sebelum ni beli Dvd je tengok... Bila nak tengok movie baru pasang Tv. Sekarang mmmm nampaknya 24 hours tengok tv... update blog pun depan tv huhu...

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 29, 2011

Ombak Rindu Online

Assalamualaikum... Dah beli dvd Ombak Rindu baru kuar yang ni... Xpa lah sape yang nak tengok boleh Ombak rindu online leh tengok kat sini yeh tapi sebelum tu klik lah dulu kat sini...
OMBAK RINDU
online.... tu je lah yang saya nak update....



Kredit to: sukamedia

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Kemas Umah untuk New Year!!

Assalamualaikum...

Letih..letih..letih seribu kali letih..... sejak pagi dok kemas n bersihkan dapur ruang tamu dan bilik... nak buang barang yang dah x guna dan lama.... petang tadi je dah 4 plastik besar gie buang... huh letih... esok nak gie letak pakaian dan sandle yg tak nak guna dah kat pondok recycle kat tepi jalan tu.... nak buang kat sampah masih boleh guna, kot2 nanti letak kat pondok recycle tu ada gak yang nak amik...

Barang banyak sangat tak tau nak letak kat mana dah.... rak buku pun dah xde tempat.... aish simpan dlm kotak je lah... Nak simpan, kenangan time study... Ok..Ok nak sambung kemas lagi... sape nak tolong....

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 27, 2011

Siapa Nak Jual Blog?


Assalamualaikum...

Korang pernah tak terfikir nak jual blog korang hehe... Agak2 berapa lah harga blog kita kan.. Nak tau tak... Blog Hana yang tak seberapa nak cumil ni pun mencecah Rm1000 tau... korang pun mesti nak tau juga harga blog korang kan.... tapi sebelum tu apakata Klik sini dulu.... Dah? ok mai tengok Harga Blog Korang


Tengok ni harga Blog Hana, Tak tipu tau.... hehehe.... Rasa-rasanya ada orang nak beli tak?


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 26, 2011

Sape Nak Header

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak online. Xde lah sibuk tapi Line internet Hana problem sikit XD...

Tau tak selama hana tak online apa kerja hana? Tak tahu? Nak tahu ? mmmm xde buat ape lah tido je, nak mengembangkan pipi, yelah keje pun dah xde. Tapi sempat je buat header yang tak berapa nak comel ni...






Sape yang nak amik boleh je.... 


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 17, 2011

Bila alarm berbunyi

"... krrriiiiinggggg…kringggggg…..." alarm handfon yang telah aku set malam tadi mengejutkan aku dari tidur yang lena. Mata masih terasa mengantuk, malas nak bangun... ibu jari pantas sahaja menekan punat handfon ke mood snooze. Baru melelapkan mata semula, alarm berbunyi lagi, mahu tak mahu terpaksa juga bangun dari tidur. Jam di handfon menunjukkan pukul 6.00am.

***

Walaupun malam tadi masuk tidur awal tetap juga terasa malas untuk bangun pagi. Aku bangun dari baring lalu duduk dengan mengangkat kedua tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi atas tidur yang lena malam tadi.. " Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali " . Kira-kira 3 minit duduk di atas tilam baru lah aku melangkahkan kaki menuju ke almari ingin mengambil sepasang baju kurung untuk digosok, malam tadi tidak pula sempat menggosok kerana terlalu mengantuk.

***

Kira-kira jam 6.15 selesailah sudah menggosok sepasang baju kurung untuk dipakai hari ini, baju kurung berwarna biru, warna yang digalakkan pakai pada hari rabu di JPA. Pantas aku mencapai tuala mandiku yang berwarna merah jambu lalu segera ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Tidak sampai 20 minit siap... Siap mandi aku menyarungkan telekung berwarna putih dengan corak-corak sulaman warna biru muda, menunaikan kewajipan sebgai umat Islam. Solat Subuh. Waktu bersiapku tidak lah panjang mana pun 30 minit cukup untuk bersiap-siap. kadang-kadang terasa malas nak menghias wajah dengan krim, bedak maupun sebarang alat make-up, cukup sekadar memakai lip balm, datangnya rajin berconteng lah wajah, datangnya malas berpucat lah wajah.

***

Seperti biasa aku akan sampai ke perhentian bas pada jam 7.25 - 7.30. Pada waktu ini aku akan mendapat bas terus ke tempat kerja. Dari rumah sewaku ke pejabat mengambil masa 10-15 minit. Biasanya aku akan tiba di pejabat pada pukul 7.45am-7.50... (Masih sempat Punch Card ).

***

Esok 19 disember 2011 genap 9 bulan aku berkhidmat di Bahagian khidmat Pengurusan, Unit Perpustakaan dan dokumentasi JPA, Putrajaya. Pada tarikh ini, tamatlah sudah Kontrak aku sebagai Pekerja Khidmat Singkat. Aku buntu mencari pekerjaan baru, lagi-lagi aku kini di perantauan. Namun aku yakin rezeki Allah yang bagi, sebagai hamba Allah aku percaya rezeki ada di mana-mana Cuma perlu aku berusaha untuk mencarinya. Insyallah.

***

Selepas tarikh itu nanti jadilah aku penganggur yang duduk di rumah sementara mencari dan menanti mana-mana panggilan untuk berkerja. Tidak ada alarm yang berbunyi untuk mengejutkan aku dari tidur yang lena.


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 16, 2011

Senang je daftar Churp-churp

Assalamualaikum...

Halu..halu Hana in da house.. hehe

ok.ok churp-churp ni best tau. kalau kita join dan kempen iklan dah leh dapat duit. Mungkin ada yang kata, "ala 20 sen je watpe". Ye memang 20sen tapi cuba fkirkan kalau 100 orang klik kat iklan kita berape dah dapat. Korangkan ada blog, fb, twitter dan sebagainya, so senang lah nak letak iklan ni. Ok jom daftar sini sekarang.

Tau tak macamne nak daftar?
Macam ni...

1. Klik sini untuk daftar.

Akan kuar macam ni kan.. Nak daftar Klik Kat - Sign in with Facebook-


Ok kalau dah nanti dia akan kuar macam ni pula: -So korang klik je Authorize with Facebook-


Then akan kuar macam ni pula: -Authorize with Twitter- ( kalau korang ada twitter klik je kalau tak de klik Skip)

Ok nanti akan ada kuar Personalize your Churp-churp URL :

contohnya macam ni: Http://Churpchurp.com/share/(kat sini letak nama korang)
ok dah siap... kalau nak edit apa pie kat dashboard godek2 tengok2 apa yang korang nak setting.

Dah tu jangan lupa pula nak Share kempen macam ni Klik sini..

Cara dia, Klik Keep Sharing.


Nanti akan kuar bende ni,

Korang boleh tukar mesej kat dalam tu ikut suka korang. pastu save. Then Kalau nak copy kat fb ke twitter ke or blog boleh lah amik Url tu..

Tadaa.. senang je kan... Kalau nak letak iklan kat blog wat macam ni klik sini senangkan... Buat je macam ni.

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 14, 2011

3rd Last Day

Assalamualaikum...

hari ni 3rd last day, Hana berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian kat JPA Putrajaya... Sedih je rasanya... Yelah dah hampir setahun kat sini mana tak sedih. 1st time Hana berkhidmat kat sini sebagai Pelajar praktikal selama 3 bulan. Kebetulan kat sini kekurangan kakitangan so pegawai offer lah Hana Keja PKS ni. 19/12/2011 nanti kontrak Hana dah Abes. Hmmm nampaknya akan jadi penganggur lah sementara... Dilema pula nak balik Sabah cari keje or cari keje kat sini je...


Promosi buku-buku perpustakaan/Mini Library


Harap2 dapat lah keje cepat... Hidup merantau wei, kene sara hidup di negeri orang.... XD.
Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Arrrgh Sudah!!

Apesal lah ngan Blog ni, ari tu follower punya problem (menghilang) sekarang pulak problem kat dashboard... Ape lah cam gini.. cuak.Cuak.Cuak jadinya tao.. Korang ada x jadi macam ni bila buka dashboard.. Sabar je lah kan... melambatkan proses mengupdate pulak kan.


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 13, 2011

LoKasi Cuti Hujung Tahun

Siapa-siapa yang plan nak bercuti hujun tahun ni... Hah! ni lah antara tempat-tempat menarik dalam negara kita ni...

1. Genting Highlands


Dikenali sebagai kota keriangan, Kat Genting Highlands banyak tarikan alam semulajadi dan buatan manusia, pelbagai permainan yang menhiburkan. hah, Usah risau akan tempat penghinapan ada enam buah hotel di sana. Bagi yang nak rasa sejuk macam kat luar negara hah kat sini destinasi yang sesuai. Dianggarkan terdapat lebih kurang 500 jenis permainan termasuk tempat membeli belah tau... (Hah Best saya dah pergi dah... dah pegi 3 kali.. Main game, Masuk umah hantu sampai selipar terputus kik..kik.)

2. Cameron Highlands


Nak rasa kemanisan buat strawberry segar? Destinasi ini adalah pilihan yang tepat. Asyik berputih mata tengok ladang strawberry, bunga2 segar, teh2 wangi dan banyak lagi kat tv, semuanya boleh dirasa di sini. (hmmm tempat ni lagi yang saya tak sampai2, bila lah agaknya... Memang teringin nak petik strawberry ngan beli bunga segar) I wish to come here.

3. Tioman



Satu daripada 10 pulau tercantik dunia ini menjadi pilihan peminat sukan menyelam mahupun percutian romantik. Destinasi ini juga sering menjadi lokasi jurugambar untuk mengambil foto di setiap ceruk pulau. Kat sini boleh tengok2 ikan nemo, macam yg kat kartun tu... (Hah kat sini pun saya dah pie... Subbahanallah... cantik i tell u. rasa x nak balik tau.) sempat ikut nelayan gi tangkap ikan nak muntah naik boat huhu


4. Kinabalu



Kalau nak rasa teh sabah, datang lah ke sabah. jangan lupa singgah di ladang teh yang sejuk dan tenang tu tau. Siap boleh pie kilang pemprosesan lagi. Makanan laut di sini pun murah-murah ja. Selain itu boleh bergambar dengan binatang Borneo yang cumil (Orang Utan). hah! panjatlah Gunung Kinabalu bukti korang dah pie Sabah. (Padahal anak sabah sorang ni pun tak sampai sana lagi...HEHE)

5. Port Dikson


Mungkin biasa dengarkan. Tapi bercuti dengan keluarga boleh memberi pengalaman yang lebih menarik. Di sini terdapat kemudahan menaiki kuda dan pengalaman jet ski serta banana boat yang meriah. Penyediaan Chalet juga mudah. (serius kat sini best... Apalagi kalau naik banana boat, donut boat boleh lepas tekanan menjerit2 naik boat dah 3 kali pie)

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

5 Blog wanita pilihanku 2011 - segmen Ben Ashari



Assalamualaikum...


Ni 1st time join segmen Ben Ashari. Segmen dia kali ni, 5 Blog wanita Pilihanku 2011..

Ok tak mau panjang-panjang ceta...

Pertama tentunya Blog Lyssa Faizureen . Saya suka blog ni sebab dari blog ni lah saya belajar banyak benda, antaranya Tutorial nak mencantikkan Blog and cemana nak iklankan kempen huhu... Thank you Lyssa.

kedua Blog Miss Librarian. Suka blog ni sebab, banyak tutorial pakai Hijab@Shawl dan juga senang nak cari link2 Muslimah Stylo.

Ketiga yang ni. The Merchant Daughter. Suka Blog ni sebab banyak inspirasi pakaian muslimah moden.

Keempat pula Nabila medan. Sebabnya dia suka ikut segmen dan contest.. kalau x tahu apa-apa boleh dapat info dari dia.

Kelima My Trengkas.. Suka Blog dia sebab warna PINK.

Harapan kat blog2 pilihanku ini, semoga terus success dan sentiasa poskan perkara-perkara yang baik seperti yang sedia ada.


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 11, 2011

Betulah Churp-Churp Leh Buat duit...

Assalamualaikum...Baru tadi daftar kat Churp-churp . Orang kata boleh buat duit poket. Bukan lah kemaruk sangat nak duit tu, tapo nak cuba juga kebenarannya kan. Apa kata kita ramai-ramai cuba... Kalau nak daftar boleh daftar kat sini free ja. Kalau dah daftar rajin-rajinlah share kempen ke link ke baru dapat menjana.


Ni baru nak try share kempen Macam ni.... Nak tengok gak kot-kot dapat mcm diorang-diorang dapat huh..
Klik sini pun cara macamne nak kempen... Just Klik Klik je... Senang pulak main klik-klik.



Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 09, 2011

Header Blog Cute

Assalamualaikum...


Ni lah 1st Header yg kite baru buat...

Hehe, korang perasaan x kita dah tukar header baru. Walaupun x berapa nak cantik 'N' cute, tapi boleh lah kan, daripada xde langsung. Sebelum ni kita just guna header rekaan Cik Lyssa. Pinjam kejap hehe.

Header ni kita buat sendiri tau, sekejap je. Kita takde photoshop so kita guna Photoscape je. Mungkin kalau korang buat lagi terrer dari kita kot. Nak tau tak cemana nak wat header guna Photoscape? Kalau nak kita leh wat tutorial, kalau xnak pun xpe.. suke ada header rekaan sendiri... XD yang Ni pulak yg 2Nd huhu... Main hentam Je kan Buat2 Header ni.. yang penting aku try... Tunggu aku ada Photoshope aku Buat Yang paling Cantikkkkk and cuteeee...


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 08, 2011

Where's my followers Gone?

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku buka blog, everything's fine.. Sebelah tengahari pulak, tengok follower aku dah lesap sume, tak tau pie mana... Benggang lah kejap kan.. pikir2 ada ke aku salah letak kod html ke, ter 'edit'  ke ape ke...

nak tau juga ape sebabnya kan, so aku try testing lah post kat KELAB BLOGGER nak tanye apesal jadi camtu, kot2 ada yg arif, rupa-rupanya bukan aku je yg jadi cam tu ramai lgi...

Ni dia komen2 mereka yg tetiba hilang follower huhu, termasuk aku...





Klik Gambar untuk lebih jelas ye..

Kesian kitaorang yang terkena ni kan.... cuak je... so sesape yang pernah ada pengalaman ni, tolong share ape yang berkaitan... tq sume....


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 06, 2011

Kredit To Lyssa

Assalamualaikum...



Seperti biasa masih dok kat office time2 macam ni... jam 5.56pm ok... =)
abes keje je, sibuk pulak nak menambahkan follower kat blog kite ni kan... untuk beberapa minit ni ada lah dalam 5 orang follow blog kite... thank you to follower, dah follow rajin2 lah baca story morey yg kita update ye.. :) and rajin2 jugalah komen2...

Ok... nak balik umah dah... sorang2 lagi kat bangunan JPA ni sume dah balik...
Last sekali nak ucap thanks to Lyssasecret bagi tip2 yang best....

Chowww...

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 05, 2011

Hatiku hancur bak serpihan itu..

Assalamualaikum...

Waktu ini sudah jam 5.32pm. Aku masih duduk kat office sorang-sorang...tak teringin pun hati ini nak balik umah... Terasa nak duduk dalam bilik kecil sorang2 merenung masa depan. Seharian ini keja namun otak dok fikirkan benda lain.. Macam2 bermain kat kepala otak aku. . Aku sedih, aku terkilan, aku malu ngan keluarga aku dan banyak lagi.

Ingin rasanya meluah segala rasa yang terbuku di hati namun ada batasnya.

Bukan kebal dengan segala dugaan yang mendatang, namun kesabaran yang aku pertahankan. Banyak. Banyak kata-kata semangat, kata-kata nasihat dan kata-kata lain yang ku dengari. Namun bukan mudah untuk terima itu.

Mungkin juga salah aku, namun itu bukan caranya. Setiap kali aku khabarkan itu memang sakit dan sebolehnya berhenti cara itu. Aku juga sering memberitahu walaupun sukar untuk aku terima namun, itu kamu dan aku telah terbiasakan. Tapi yang lain tidak seperti aku. Jika aku terkena, aku lepaskan bersama aliran airmata, tapi yang lain Tidak sama dengan aku. Mereka akan terasa dan terus tersemat dihati.

Aku benar-benar berharap, jika kamu tiada rasa hormat pada aku, Please respect mak ayah aku. Kau nak maki kau nak cerca kau nak hina sekalipun terpulang, tapi tolong jangan depan keluarga aku... Aku tak ingin mereka bersimpati dan bersusah hati ke atasku.

Aku masih bersabar dan terus bersabar cuba memujuk diri untuk terus bertahan, selagi Masih boleh diperbaiki dan diteruskan...



Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

December 02, 2011

Saje Nak Testing...We..We

just nak cuba bende yg baru belajar ni...

:face4:

:90:

:88:

:34:

:41:

:67:

:60:


Saje nak test pelajaran baru ...

:face50:

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Copyright @ 2009-2011 All right Reserved By Hana Nurfarah