Menabung untuk masa depan >_

There was an error in this gadget

January 19, 2012

Berpindah Rumah

Kali keberapa akupun tak pasti, yang pasti, pastilah telah berkali-kali aku berpindah rumah. Semenjak datang merantau ke Selangor entah kali ke berapa pindah rumah. semalam aku berpindah rumah lagi. Bosan dan letih punggah barang ke sana-ke mari. Semoga ini lah rumah terakhir yang aku diami kecuali ketika benar-benar kembali ke tanah air. Tiap kali pindah rumah mesti belanja banyak wang. Beli cat lah, repair itulah, repair ini lah.. macam-macam. Tapi nak buat macam mana. Dah 10 kali berpindah.... Kau ada... hahahaha
Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

January 12, 2012

Simple but nice ( Resepi Kacang Botol )


Assalamualaikum...

Semalam Hana malas sikit nak masak. Apapun tetap kena masak, kesian adik-adik nanti balik dari keje mesti lapar. Jadi Hana malas-malas pun tetap masak. Simple -simple je but nice.. cheeewahh... Ni resepi Hana semalam cubalah huk..huk...

Kacang Botol Masak pedas

Bahan-Bahan:

20 Tangkai kacang botol
2 biji bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 sudu besar cili boh
sedikit ikan bilis/udang kering ( ditumbuk bersama bawang merah/putih )
garam secukup rasa
minyak masak
sedikit air.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi serta masukkan cili boh. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati. Jika perlu letakkan sedikit air. (sebab Hana pun letak air)

3. Kacau hingga masak. Dah okey boleh lah angkat dan hidangkan.

p/s: kalau nak masak kacang botol jangan terlalu lama nanti warna tak cantik. Lagi satu nanti terlalu lembik tak sedap...


okey... tu je lah... selamat mencuba.. sempoi tapi sedap... >_^




Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

January 07, 2012

Welcome Baby Boy To Our Family...


Assalamualaikum...

Hari ni 07/01/2012 bersamaan hari sabtu, Alhamdulillah kakak kedua Hana selamat melahirkan Bayi lelaki. Rasa seronok sangat dapat orang baru kat family... Aku? Hmmm ntah bila baru nak ado kan... baru bertunang le... Tak sabar juga tau huhu... Rasa-rasanya apa lah akak Hana nak bagi nama kat baby boy dia kan..??? Korang ada cadangan tak nak bagi nama ape? kot-kot termasuk dalam list hehe.... Tapi kakak hana Non-Muslim ye..

Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

January 05, 2012

Aku Dah Jadi Bibik

Seperti biasa seawal pagi aku buka Channel Astro 705 ( Hits) pepagi dengar lagu hilangkan rasa mengantuk, pasang kuat-kuat. Seawal jam 6 aku dah bangun. sejak bergelar "Bibik" ni aku kena lah bangun awal. "Tring..Trang..Tronggg... bunyi kuali saat aku memasak nasi goreng untuk sarapan adik-adik. Kat sebelah aku menggoreng ikan, kat sebelah lagi aku menggoreng nasi. Sempat aku menanak nasi dan membancuh nescafe.

Sementara tak ada kerja dan sedang menunggu mana-mana panggilan untuk berkerja, ada jawatan kosong yang aku terpaksa isi, jadi Bibik kat umah. "Tak payah lah ko balik Sabah, sini saja, tolong kami masak sama cuci kain". Adik aku Don memberi cadangan kepada ku. "Iya buat apa juga ko balik Sabah, sana pun sama juga ko bukan kerja." Adik aku feddy pula menyampuk. Aku pun memang tak terfikir lagi nak balik sabah walaupun sekarang ni aku belum berkerja semenjak tamat kontrak kat Putrajaya, Sebagai Pegawai Sambilan Harian. Aku tersenyum, tersengih lalu tergelak. " Amboi, abis tu senang-senang ja saya tolong kamu masak and cuci pakaian hari-hari, ingat tak penat ka." Anak saudara aku pula mnyampuk, " Nanti kami bagi lah gaji seorang rm100, ok lah tu, makan, tempat tinggal ko x payah bayar kami tanggung haha." Aku fikir ada betulnya juga. Aku serta adik-adik dan anak saudara adalah perantau dari Negeri di bawa bayu, Sabah Bah. Sudah agak lama juga kami di sini, terutama aku yang berada di Selangor sejak tahun 2002 lagi. Aku ni dah di kira Bermastautin dah.

Sejak aku bergelar "Bibik" kat adik-adik dan anak saudara, setiap hari aku kena bangun awal untuk masakkan bekal untuk di bawa ke tempat kerja. Selesai memasak bekalan untuk mereka aku teruskan tugasan rumah yang lain, membasuh pakaian kerja, mengemas rumah dan apa-apa yang patut. "Astagfirullah, adik-adik aku, haish" Tiap kali mengemas bilik tidur aku membebel seorang, terkumat kamit bibir seakan membaca jampi seranah. Aku menggeleng-gelengkan kepala ke kiri ke kanan. Setiap kali aku akan mengemas bilik tidur adik-adik Bersepah dengan bantal merata, selimut yang tak berlipat, kalin pelikat, tuala sana-sini. Rasa nak marah tetiba hilang. " Hmmmmm lelaki, bujang biasalah.. kesian..kesian." Alah aku sorang-sorang lalu meneruskan tugas--tugas yang lain sambil tersenyum.



Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

January 03, 2012

Happy New year 2012

Assalamualaikum...

Lama juga tak update blog sejak tahun lalu sampai lah tahun ni hehehe... masih awal lagikan untuk Hana nak wish Happy new Year untuk semua... Huh Boring lah dok umah... Nak keje.. Nak keje.. Hopefully dapat keje dalam bulan ni... Tak mampu cheq dok umah lelama lagu ni... Stressed gile beb hahaha... tengok dok umah lama-lama merapu ntah ape2 dah...


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Copyright @ 2009-2011 All right Reserved By Hana Nurfarah