Menabung untuk masa depan >_

There was an error in this gadget

February 28, 2012

Alarm Kembali berbunyi

Alhamdulillah... Setelah duduk menganggur selam hmpir 2 bulan, kini hana dah dapat pekerjaan baru. Dah nak masuk 3 minggu hana berkerja kat Euro Chairs Manufactures. Hari ini Hana sedang rajin so dapatlah nak update blog. Dari pagi sampai malam memang agak sibuk. so cari masa yang benar2 terluang bbarulah dapat nak update blog.
Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

February 08, 2012

Onde-Onde

Onde-Onde

Bahan-Bahan

Tepung Pulut
kelapa parut
Daun pandan/pewarna hijau
air
gula melaka/gula perang

Cara-cara buat

1. kalau gunakan daun pandan untuk pewarna, kisar daun pandan dan ambil airnya.
2. Tuangkan air pandan/ pewarna dan air sedikit demi sedikit sehingga tepung tadi boleh diadun bulat-bulat.
3. bulat-bulat kan tepung yang telah diadun tadi dan penyekkan dan isikan inti gula melaka atau gula perang dan bulat-bulat kan semula.
4. sementara membuat bulatan-bulatan untuk adunan bolehlah didihkan air di dalam kuali.
5. setelah air panas/ mendidih boleh masukkan bulatan-bulatan adunan yg telah diisikan inti tadi.
6. sekiranya onde-onde yang dimasukan ke dalam kuali tadi terapung, bermakna onde-onde tadi telah masak. Angkat lalu golekkan atas kelapa parut yag telah digaul dengan sedikit garam.


** Onde-Onde yang hana buat ni hana gunakan daun pandan, sebab tak ada pewarna hijau selain itu hana nak bagi bau dia wangi... Jadi hasilnya warna tak berapa nak hijau, daun pandan tak cukup... >_<





Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Kuih Biji Sagu

Masuk dalam cawan pula ye

Kuih Biji Sagu

Bahan--bahan

Biji sagu
Kelapa parut
gula
Air
sedikit garam
gula perang (Gula melaka)

Cara-cara buat
1. Basuh biji sagu dan rendam seketika
2. masukkan biji sagu ke dalam loyang
3. Masukkan Air sama seperti menanak nasi, tapi kurang sedikit airnya.
4. Lalu dikukus sehingga masak.
5. Sejukkan... ( boleh juga masukkan ke dalam peti ais)
6. Setelah sejuk bolehlah dibahagi-bahagi dan taburkan kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


#Hana tak tau apa sebenarnya nama kuih ni, Hana namakan saja2... Dan mungkin ada cara lain masak kuih ni, tapi yang hana bagi ni, resepi dari hana :)... selamat mencuba.
3.


Kalau Suke Kasi Like Banyak-Banyak

Copyright @ 2009-2011 All right Reserved By Hana Nurfarah